Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Rusia mengatakan bahawa mereka akan terus mengekalkan kira-kira 100 anggota tenteranya yang dihantar ke Venezuela beberapa hari lepas di sebalik permintaan Amerika Syarikat yang mahu mereka ditarik balik dari negara Amerika Latin tersebut.
Jurucakap Kementerian Luar, Maria Zakharova, pada hari Khamis mengatakan bahawa pasukan itu akan kekal di negara tersebut "selama mereka diperlukan."
Pesawat kargo Rusia Antonov-124 dan jet penumpang Ilyushin Il-62 yang lebih kecil membawa anggota tentera Rusia ke lapangan terbang utama di Venezuela yang terletak di luar ibu negara Caracas pada hari Sabtu lepas.
28 Mac 2019 - 18:30
News ID: 934923
Rusia mengatakan bahawa mereka akan terus mengekalkan kira-kira 100 anggota tenteranya yang dihantar ke Venezuela beberapa hari lepas di sebalik permintaan Amerika Syarikat yang mahu mereka ditarik balik dari negara Amerika Latin tersebut.